khairul fahmi che mat

0 kata hati wanita

Nama yang semakin disebut-sebut oleh awek-awek, mak-mak, bapak-bapak, teruna-teruna kat bumi Malaysia ni.

Facebook Khairul Fahmi Che Mat ni makin ramai peminat baru yang LIKE fanpage dia. Memang menjadi kegilaan masyarakat kita.

Kepada awek-awek yang ada hati kat Khairul Fahmi ni, boleh la buat angan-angan je. Sebab awek dia cun, ok!
Tiba-tiba je blog Aimie ni menjadi kegilaan kepada rakyat Malaysia.
Dihujani comment dan jugak follower.Wah!!

KUALA LUMPUR: Penjaga gol nombor satu negara, Khairul Fahmi Che Mat menangguhkan rancangan bertunang dengan Aimie Harmelia Mohd Hashumi yang dijadual November lalu semata-mata memberi tumpuan kepada pasukan Harimau Malaya yang menjuarai Piala Suzuki AFF, malam kelmarin. Aimie Harmelia, 21, berkata memandangkan Khairul perlu membuat persiapan, mereka bersetuju pertunangan ditangguhkan.
Source: Berita Harian

Jom minum air putih, air kosong, air masak

0 kata hati wanita
Wah..Air putih je pun. Tapi, nampak menyelerakan kan?
Tergoda tengok gambar ni.hihi

Percaya tak, air putih boleh meningkatkan kadar metabolisme.
Kalau la badan kita kurang air (dehydrated), kadar metabolisme akan menurun. Air ni boleh membakar kalori dengan baik.

wah..kurusnya!

Apa akibat jika air kurang atau tak cukup dalam badan?
1) Kurang air dalam badan akan melambatkan proses penurunan berat badan.
- dahla banyak peluh keluar dan selalu buang air kecil, habis macamana badan kita nak meningkatkat metabolisme nye kan. Jika air semua dah kurang dalam badan

2) Rasa lapar
- bila badan kita kurang air (dehydrated), tubuh akan bagi signal yang kita ni lapar. So, anda akan rasa asyik nak makan dengan kuantiti yang banyak!
Minum air yang banyak akan menghalang rasa lapar, tapi rasa perut penuh je. Bila perut penuh, anda akan rasa kenyang!..ha..faham tak sekarang ni!

3) Kesan aktiviti tubuh bukan tahap optimum
- Metabolisme badan akan meningkat bila kita bersenam. Dengan bantuan air, metabolisme akan meningkat pada kadar maksima!
So, pembakaran lemak dan kalori serta peningkatan metabolisme juga meningkat!



Saya ada kawan yang boleh turun berat badan dengan cepat, bila dia minum air 5 liter sehari. Secara konsisten.

Anda tanya diri anda sendiri, anda mahu berubah atau tidak!

Nanti saya kongsikan cara saya minum air sebanyak 3-4 liter sehari!!
Walaupun saya ni seorang wanita yang berkerjaya, saya juga boleh buat!
Memang, tandas akan menjadi tempat yang paling anda suka singgah!!

Naluri wanita

0 kata hati wanita
Setiap wanita pasti citarasa nya sama macam saya jugak.
Nak ada duit banyak. Berkepuk-kepuk. Boleh shopping ape saje.
Tanpa fikir panjang. Oh tidak! Bila saya boleh banyak jadi macam tu.
Saya kena berubah!


 Handbag LV yg ori..tamau la tepi jalan punye..Chantek nye..



 Wedges macam-macam warna..i like!!



Ni paling penting. Sexy..kurus.
Macam-macam jenis baju senang nak cari.
Jalan pun confident je..
SEMANGAT!

www.myfitnesspal.com

0 kata hati wanita


Web yang sangat sesuai untuk wanita dan sesiapa sahaja yang mementingkan pengambilan kalori.
U all just isi je ape yang korang makan hari ni.
Semua ada. Karipap, nasi ayam, etc..
Semua dah ada jumlah kalori bg setiap makanan. Kena la jugak exercise kan. Siap sekali dalam web tu, berapa kalori yg terbakar bila u buat senaman/workout tertentu. Just Click the button!!
Everyday kena la buat. Update pasal diet korang kat dalam web ni.

Konsisten itu penting!!

Nak cerita pasal diet, banyak sangat cara yg ada.
Saya cuba lah jugak. Betul, tak tipu.
Kalori, atkins, dan senaman. Tapi berat payah sangat nak turun.
Yelah, badan jenis dahla payah nak turun.
Yg ko melantak makan tu agak-agak la kan.

Oh, nikmat dunia ok kalau dapat makan tanpa jaga pengambilan kalori..haha

Konvo

0 kata hati wanita



Ogos 2009
zaman konvo untuk degree..(berhasrat nak smbung sampai phd ni. Bila ye?)
masih banyak lemak-lemak kat badan..
Masa ni dah turun sikit. makan shake herbalife..

tahun 2011, mesti kene kurangkan lemak-lemak itu!
mesti cari cara yang terbaik untuk kuruskan badan.

Segan tau, anak dara lagi. Tapi badan macam mak dara..hahaha

Facebook

0 kata hati wanita
credited to google image


Cerita pasal Facebook. Saya ni kira golongan yang terawal jugak yang join Facebook ni (terawal di kalangan member-member, hehe).
Tahun 2008 kalau tak silap. Masa tu kira last sem kat UPSI. Sebelum pergi practikal..

Masa tu jakun gila ok! Tak paham sangat application dalam tu. Lagi pun masa tu payah nak cari member lama zaman sekolah. So, masih la bukak friendster yang banyak berjasa sejak zaman kat Matrik Perak dulu.

Sambung balik hal facebook. Saya ingat lagi, masa awal-awal dulu suka kasik gift kat facebook. Cake la, coklat la, bunga la..Lawak betul masa tu.
Lepas tu lepas je zaman u, siap ngadap laptop hari-hari. Buat soalan-soalan yg tak berapa nak logik result nye.

Oh, sekarang tidak lagi. Rasa dah matang kot. Tak perlu dah benda mengarut macam tu. Nasib sekarang ni, saya tak terjebak pula pada game dia!
Oh..memang saya janji pada diri, saya tak akan main game facebook itu. Nanti boleh addict gila! Baik mencegah sebelum berlaku. Betul tak?

Blogging

0 kata hati wanita
Yes..setahun yg lepas, saya pernah buat blog guna email yang sama macam sekarang ni. Tapi tak begitu yakin untuk menceritakan hal-hal kepada orang umum. Sempena nak masuk tahun 2011 ni, saya kena berubah.
Tiada alasan lagi. Tekad ok!

Saya merupakan silent reader bagi blog-blog yang ada sejak zaman universiti lagi. Kalau la orang kata, apa yang ko dok belek intenet tu lama-lama..
Saya pasti akan menjawab, baca blog orang!
Masa tu tak terlintas pulak nak buat blog. Sekitar tahun 2007 dan 2008.

Sekarang ni, ada kawan cakap, aku sampai dah boring bukak intenet.
Bukak facebook je..
Hello..memanglah kan, boring gila kalau bukak facebook aje!
Intenet ni banyak gila benda yang kau boleh tahu..
Just search kat google, apa yang ko minat. Buat la kajian sikit pasal sesuatu. Kasik tambah ilmu yg tak berapa nak kukuh dalam kepala ko tu!

Sampaikan aku boleh hadap intenet sehari suntuk, baca blog orang sana sini. Cari benda-benda yg boleh majukan diri. Sampaikan aku buat bisnes online. Ha..nanti aku cerita kemudian pasal bisnes online ni ok!

Followers

 

Shout Box!!

Cerita Perempuan & Wanita Copyright 2009 Shoppaholic Designed by Ipietoon Image by Tadpole's Notez