tumit tinggi

0 kata hati wanita
Kaki semakin sakit. Sebab pakai kasut tumit tinggi.
Dua hari di sekolah, berjalan laju macam dikejar hantu.
Banyak sangat perkara nak kena settle kan pada awal tahun ni.

Naik tangga, turun tangga. hehe


so, hari ni kene pakai kasut rendah, OK! hehe

i luv islam

0 kata hati wanita

My Heart is just for ALLAH

0 kata hati wanita
credited to iluvislam.com

Saya kuat makan!

0 kata hati wanita
Ah..saya agak tertekan.
sebab minggu ni saya MAKAN banyak sangat.

Tapi berat tak naik. yes!


p/s Mata tak boleh tengok makanan. Pasti akan ku bedal sampai habis!hehe

Sekolah Tahun 2010

0 kata hati wanita
Masih teringat lagi masa aku menguruskan pelajar tingkatan 1 tahun lepas. Aku settle kan urusan pelajar hampir 60 orang. Sangat tertekan. Dapat pulak kelas hujung. Wah, budak berlumba-lumba ponteng sekolah. Aku pulak berhempas pulas check tentang kedatangan mereka. Keluarkan surat amaran ponteng. Ada amaran 1, amaran 2, amaran terakhir dan surat buang sekolah.

Sampai tak terkejar rasanya. Yang paling sakit hati, ada la sorang budak ni. Selalu tak datang sekolah. Tapi selalu je dapat surat cuti sakit (MC) dari klinik swasta. Hello, takkan kau sakit setiap minggu kan. Tak silap aku, memang mak dia siap back up anaknya. Tolong 'BELI' surat MC tu kat bandar. Dekat 20 minit jugak nak pergi.


Anaknya jugak memang tak selalu kacau orang. Tapi mudah terpengaruh. Oh, anak muda. Memang zaman umur sebelum 15 tahun, memang belum matang. Tak dapat nak fikir, apa tujuan kau pergi sekolah. Tujuan asal adalah belajar. Ni kau pergi sekolah, nak cari gaduh, nak buat hal yang kononnya boleh menaikkan darah cikgu. Pergi sekolah semata-mata nak jumpa kawan. Beg kosong tiada buku. Buku teks agaknye terikat cantik je dari awal tahun.

Bila fikir-fikir balik, tindak-tanduk pelajar ni menyebabkan kadang-kadang aku senyum je sorang-sorang. Sebab apa?
Sebab dorang budak-budak lagi. Tu aje. Memang memerlukan perhatian. Kesian dorang. kat rumah agaknya tak dapat perhatian dari ibu bapa. Kat sekolah, dia buat hal lah. hehe

Hari Pertama Sekolah

1 kata hati wanita
Semalam hari sekolah yg pertama. Tak sempat nak post entry malam tadi. Kepenatan. hehe

Ibu bapa masih ramai yang datang sekolah. Yelah, orang suruh datang dan daftar hari Jumaat lepas. Tapi masih ramai juga yang baru nak daftar masa hari pertama. Siap ibu bapa nya tunggu tengok anak mereka kat perhimpunan.

Sangat kelakar. Sebab aku ni mengajar sekolah menengah. Pelajar tingkatan 1 dan 2. Bukannya budak tadika atau pelajar darjah 1.

Hari pertama, ada segelintir pelajar dah pandai nak tunjuk belang. Perangai lapuk tahun lepas masih ada lagi. Yes, aku tahu la korang dah makin besar. Konon makin senior. Alah, tingkatan 2 je pun. haha


Aku jadi guru Peralihan tahun ni.
Yes, memang aku suka. Sebab pelajar nya sikit. 10 orang. hehe

Tak macam tahun lepas. Ramai aku nak kene settle kan. Kang aku cerita..hehe


Minimum 2 liter setiap hari

0 kata hati wanita
Since dah naik sekolah, aku memang perlukan air masak (air putih) yang sangat-sangat banyak..Suara ni pun dah hampir serak. Padahal baru hari pertama pergi sekolah. hihi

Ni la botol Herbalife 2 liter. Berat jugak nak bawa pergi sekolah.
Tapi lama-lama dah biasa.

Walaupun dah tak makan produk apa-apa, saya masih lagi kena kekalkan amalan minum air at least 2 liter sehari.
Kalau tak minum tu, rasa janggal sangat!

Cekalkan semangat. Hanya kita je tahu apa kelebihannya.hehe

Followers

 

Shout Box!!

Cerita Perempuan & Wanita Copyright 2009 Shoppaholic Designed by Ipietoon Image by Tadpole's Notez