Hari Pertama persekolahan 2011


Hari ni hari pertama persekolahan bagi kumpulan A.

Selamat bertugas kepada guru-guru termasuk diri sendiri.

Check list untuk tahun ni :
1) menjalankan semua tugas yg dibagi dengan penuh semangat!!

2) Tiada lagi istilah menanggunhkan kerja (terutama kerja guru tingkatan..hehe)

3) Tak mahu dah dengar kata-kata orang lain. Amalkan dasar, LANTAKLAH APA ORANG NAK KATA!! hehe

4) sering memberikan kata-kata nasihat dan semangat untuk pelajar-pelajar.

5) sentiasa berfikir kaedah-kaedah dan strategi mengajar yg lebih menarik!!

6) kena dekatkan diri dengan pelajar yang lemah dalam Matematik (apa ye nak buat..sifir dan fokus)

7) lebih tegas lagi!

8) kena banyak bersabar dan istighfar dalam hati, saat darah muda membara dlm hati. (memang paling payah nak kawal, hehe)

Kepada pelajar-pelajar :
Hormati guru anda walaupun anda tak suka dia. Mungkin anda tak nampak kesannya pada masa sekarang, tapi percayalah 10 tahun lagi, pasti anda akan mengakui juga.

Kadang-kadang manusia berada di atas, kadang di bawah.
Matangkan fikiran anda. Fikirkan masa depan sendiri. Tiada siapa yang boleh tolong kita kecuali diri kita sendiri. Setiap manusia pasti ada cita-cita masing-masing kan.

0 kata hati wanita on "Hari Pertama persekolahan 2011"

Followers

 

Shout Box!!

Cerita Perempuan & Wanita Copyright 2009 Shoppaholic Designed by Ipietoon Image by Tadpole's Notez