Showing posts with label celoteh. Show all posts
Showing posts with label celoteh. Show all posts

tumit tinggi

0 kata hati wanita
Kaki semakin sakit. Sebab pakai kasut tumit tinggi.
Dua hari di sekolah, berjalan laju macam dikejar hantu.
Banyak sangat perkara nak kena settle kan pada awal tahun ni.

Naik tangga, turun tangga. hehe


so, hari ni kene pakai kasut rendah, OK! hehe

Saya kuat makan!

0 kata hati wanita
Ah..saya agak tertekan.
sebab minggu ni saya MAKAN banyak sangat.

Tapi berat tak naik. yes!


p/s Mata tak boleh tengok makanan. Pasti akan ku bedal sampai habis!hehe

Hari Pertama persekolahan 2011

0 kata hati wanita
Hari ni hari pertama persekolahan bagi kumpulan A.

Selamat bertugas kepada guru-guru termasuk diri sendiri.

Check list untuk tahun ni :
1) menjalankan semua tugas yg dibagi dengan penuh semangat!!

2) Tiada lagi istilah menanggunhkan kerja (terutama kerja guru tingkatan..hehe)

3) Tak mahu dah dengar kata-kata orang lain. Amalkan dasar, LANTAKLAH APA ORANG NAK KATA!! hehe

4) sering memberikan kata-kata nasihat dan semangat untuk pelajar-pelajar.

5) sentiasa berfikir kaedah-kaedah dan strategi mengajar yg lebih menarik!!

6) kena dekatkan diri dengan pelajar yang lemah dalam Matematik (apa ye nak buat..sifir dan fokus)

7) lebih tegas lagi!

8) kena banyak bersabar dan istighfar dalam hati, saat darah muda membara dlm hati. (memang paling payah nak kawal, hehe)

Kepada pelajar-pelajar :
Hormati guru anda walaupun anda tak suka dia. Mungkin anda tak nampak kesannya pada masa sekarang, tapi percayalah 10 tahun lagi, pasti anda akan mengakui juga.

Kadang-kadang manusia berada di atas, kadang di bawah.
Matangkan fikiran anda. Fikirkan masa depan sendiri. Tiada siapa yang boleh tolong kita kecuali diri kita sendiri. Setiap manusia pasti ada cita-cita masing-masing kan.

Bisnes atau berniaga. Boleh ke?

0 kata hati wanita


credit to zularifblog (adik kecik..haha)

Ada kawan aku tanya.
Kenapa kau minat nak buat bisnes ye?

Jawapan aku, mudah je.
Aku nak kahwin!!

haha..bila fikir balik, kelakar la pulak jawapan tu.

Siapa kata perempuan tak perlu buat saving untuk kahwin?

Yes, walaupun gaji tak besar mana, tapi aku rasa dah cukup.
Cuma keinginan dan angan-angan aku yang terlampau, rasanya lebih bagus mencari kerja part time.

Agak-agak kalau kau takde duit, boss ko tolong tak?hehe

Kedai tutup

0 kata hati wanita
Kenapa ya kalau hari Ahad je kedai-kedai suka tutup?

Bukan ke ramai customer  yang akan keluar mencari barang-barang pada hari minggu?


Rugi-rugi..hehe

p/s : Nasib baik ada kedai lain yang aku boleh terjah tadi.

Followers

 

Shout Box!!

Cerita Perempuan & Wanita Copyright 2009 Shoppaholic Designed by Ipietoon Image by Tadpole's Notez