Showing posts with label cerita lama. Show all posts
Showing posts with label cerita lama. Show all posts

Konvo

0 kata hati wanita



Ogos 2009
zaman konvo untuk degree..(berhasrat nak smbung sampai phd ni. Bila ye?)
masih banyak lemak-lemak kat badan..
Masa ni dah turun sikit. makan shake herbalife..

tahun 2011, mesti kene kurangkan lemak-lemak itu!
mesti cari cara yang terbaik untuk kuruskan badan.

Segan tau, anak dara lagi. Tapi badan macam mak dara..hahaha

Facebook

0 kata hati wanita
credited to google image


Cerita pasal Facebook. Saya ni kira golongan yang terawal jugak yang join Facebook ni (terawal di kalangan member-member, hehe).
Tahun 2008 kalau tak silap. Masa tu kira last sem kat UPSI. Sebelum pergi practikal..

Masa tu jakun gila ok! Tak paham sangat application dalam tu. Lagi pun masa tu payah nak cari member lama zaman sekolah. So, masih la bukak friendster yang banyak berjasa sejak zaman kat Matrik Perak dulu.

Sambung balik hal facebook. Saya ingat lagi, masa awal-awal dulu suka kasik gift kat facebook. Cake la, coklat la, bunga la..Lawak betul masa tu.
Lepas tu lepas je zaman u, siap ngadap laptop hari-hari. Buat soalan-soalan yg tak berapa nak logik result nye.

Oh, sekarang tidak lagi. Rasa dah matang kot. Tak perlu dah benda mengarut macam tu. Nasib sekarang ni, saya tak terjebak pula pada game dia!
Oh..memang saya janji pada diri, saya tak akan main game facebook itu. Nanti boleh addict gila! Baik mencegah sebelum berlaku. Betul tak?

Blogging

0 kata hati wanita
Yes..setahun yg lepas, saya pernah buat blog guna email yang sama macam sekarang ni. Tapi tak begitu yakin untuk menceritakan hal-hal kepada orang umum. Sempena nak masuk tahun 2011 ni, saya kena berubah.
Tiada alasan lagi. Tekad ok!

Saya merupakan silent reader bagi blog-blog yang ada sejak zaman universiti lagi. Kalau la orang kata, apa yang ko dok belek intenet tu lama-lama..
Saya pasti akan menjawab, baca blog orang!
Masa tu tak terlintas pulak nak buat blog. Sekitar tahun 2007 dan 2008.

Sekarang ni, ada kawan cakap, aku sampai dah boring bukak intenet.
Bukak facebook je..
Hello..memanglah kan, boring gila kalau bukak facebook aje!
Intenet ni banyak gila benda yang kau boleh tahu..
Just search kat google, apa yang ko minat. Buat la kajian sikit pasal sesuatu. Kasik tambah ilmu yg tak berapa nak kukuh dalam kepala ko tu!

Sampaikan aku boleh hadap intenet sehari suntuk, baca blog orang sana sini. Cari benda-benda yg boleh majukan diri. Sampaikan aku buat bisnes online. Ha..nanti aku cerita kemudian pasal bisnes online ni ok!

Followers

 

Shout Box!!

Cerita Perempuan & Wanita Copyright 2009 Shoppaholic Designed by Ipietoon Image by Tadpole's Notez