Ramlee Awang Murshid Novel Rayyan Fantasi


Yeah..sangat gembira bila dapat jugak beli novel Ramlee Awang Murshid ni.
Mula-mula cari kat kedai buku Popular. Tapi tak jumpa sebab tak keluar lagi. Bila jengah popular buat kali ke-2, seminggu lepas tu..
Ha....dapat pun. Sangat suka!

Tapi kan, bila ye dapat baca.
Sekolah dah nak start. Agak-agak buat pekasam novel ni boleh tak?haha

Actually, ada la dekat 5 novel kat rumah ni, yang aku tak baca lagi sampai sekarang. Hehe

2011 ni, kena la rajin khtamkan semua novel-novel. Ye tak?

p/s : oh ye, Khatam Al-Quran, jangan lah lupa jugak!..


Sinopsis dari Alaf 21:

RAHSIA susur galur Aiddin sengaja dirahsiakan oleh ayahnya, Ibrahim. Justeru... dia memiliki sebuah keluarga yang bahagia. Bagaimanapun kehidupan manusianya yang gembira dan ceria, tercalar apabila disahkan menghidap barah otak tahap empat. Doktor meramalkan Aiddin hanya mampu hidup dalam tempoh yang sangat singkat. Jiwanya terganggu dan sejak itu, Aiddin suka bersendirian.

Aiddin yang berduka cita ditenteramkan oleh tunangnya, Feena yang berjanji akan setia pada ikatan cinta mereka. Impian terakhir sebelum kematian meragut kehidupannya adalah untuk mendaki Gunung Kinabalu. Impian itu terlaksana, tetapi Aiddin hilang di kawasan hutan pergunungan. Selepas lima tahun berlalu, Aiddin muncul semula di kawasan tersebut. Sejak itu, beberapa siri pembunuhan ngeri berlaku. Manakala Aiddin sendiri sering mendengar bisikan suara perempuan

0 kata hati wanita on "Ramlee Awang Murshid Novel Rayyan Fantasi"

Followers

 

Shout Box!!

Cerita Perempuan & Wanita Copyright 2009 Shoppaholic Designed by Ipietoon Image by Tadpole's Notez