Hari Pertama persekolahan 2011

0 kata hati wanita
Hari ni hari pertama persekolahan bagi kumpulan A.

Selamat bertugas kepada guru-guru termasuk diri sendiri.

Check list untuk tahun ni :
1) menjalankan semua tugas yg dibagi dengan penuh semangat!!

2) Tiada lagi istilah menanggunhkan kerja (terutama kerja guru tingkatan..hehe)

3) Tak mahu dah dengar kata-kata orang lain. Amalkan dasar, LANTAKLAH APA ORANG NAK KATA!! hehe

4) sering memberikan kata-kata nasihat dan semangat untuk pelajar-pelajar.

5) sentiasa berfikir kaedah-kaedah dan strategi mengajar yg lebih menarik!!

6) kena dekatkan diri dengan pelajar yang lemah dalam Matematik (apa ye nak buat..sifir dan fokus)

7) lebih tegas lagi!

8) kena banyak bersabar dan istighfar dalam hati, saat darah muda membara dlm hati. (memang paling payah nak kawal, hehe)

Kepada pelajar-pelajar :
Hormati guru anda walaupun anda tak suka dia. Mungkin anda tak nampak kesannya pada masa sekarang, tapi percayalah 10 tahun lagi, pasti anda akan mengakui juga.

Kadang-kadang manusia berada di atas, kadang di bawah.
Matangkan fikiran anda. Fikirkan masa depan sendiri. Tiada siapa yang boleh tolong kita kecuali diri kita sendiri. Setiap manusia pasti ada cita-cita masing-masing kan.

Bisnes atau berniaga. Boleh ke?

0 kata hati wanita


credit to zularifblog (adik kecik..haha)

Ada kawan aku tanya.
Kenapa kau minat nak buat bisnes ye?

Jawapan aku, mudah je.
Aku nak kahwin!!

haha..bila fikir balik, kelakar la pulak jawapan tu.

Siapa kata perempuan tak perlu buat saving untuk kahwin?

Yes, walaupun gaji tak besar mana, tapi aku rasa dah cukup.
Cuma keinginan dan angan-angan aku yang terlampau, rasanya lebih bagus mencari kerja part time.

Agak-agak kalau kau takde duit, boss ko tolong tak?hehe

Bola senaman yang besar itu

0 kata hati wanita
credited to google


Happy sangat! Akhirnya dapat beli bola senaman yg macam dalam gambar tu.
Warna merah, dan ada biji-biji yg untuk massage.
Tapi tak boleh nak ambil gambar sendiri. Sebab belum pam lagi!

Semalam beli kat Kedai jual alat Sport kat Kluang. Harga asal RM 70. Boleh pulak aku dengan member, Shrek bodek harga sampai dapat harga RM 55 !!

Kesian untie yang jaga tu, Kami bodek-bodek. Padahal sebelum tu dia janji nak tolong pamkan. Mentang-mentang kitorang beli harga murah, dia buat bodoh je lepas tu!!!

Takpe-takpe. Nanti kene la carik kedai basikal ke. hihi

2011 - banyak benda yang dirancangkan. Harap-harap kuat semangat!

Untuk diri sendiri dan juga menggembirakan orang-orang di sekeliling kita juga.

Kedai tutup

0 kata hati wanita
Kenapa ya kalau hari Ahad je kedai-kedai suka tutup?

Bukan ke ramai customer  yang akan keluar mencari barang-barang pada hari minggu?


Rugi-rugi..hehe

p/s : Nasib baik ada kedai lain yang aku boleh terjah tadi.

Ramlee Awang Murshid Novel Rayyan Fantasi

0 kata hati wanita
Yeah..sangat gembira bila dapat jugak beli novel Ramlee Awang Murshid ni.
Mula-mula cari kat kedai buku Popular. Tapi tak jumpa sebab tak keluar lagi. Bila jengah popular buat kali ke-2, seminggu lepas tu..
Ha....dapat pun. Sangat suka!

Tapi kan, bila ye dapat baca.
Sekolah dah nak start. Agak-agak buat pekasam novel ni boleh tak?haha

Actually, ada la dekat 5 novel kat rumah ni, yang aku tak baca lagi sampai sekarang. Hehe

2011 ni, kena la rajin khtamkan semua novel-novel. Ye tak?

p/s : oh ye, Khatam Al-Quran, jangan lah lupa jugak!..


Sinopsis dari Alaf 21:

RAHSIA susur galur Aiddin sengaja dirahsiakan oleh ayahnya, Ibrahim. Justeru... dia memiliki sebuah keluarga yang bahagia. Bagaimanapun kehidupan manusianya yang gembira dan ceria, tercalar apabila disahkan menghidap barah otak tahap empat. Doktor meramalkan Aiddin hanya mampu hidup dalam tempoh yang sangat singkat. Jiwanya terganggu dan sejak itu, Aiddin suka bersendirian.

Aiddin yang berduka cita ditenteramkan oleh tunangnya, Feena yang berjanji akan setia pada ikatan cinta mereka. Impian terakhir sebelum kematian meragut kehidupannya adalah untuk mendaki Gunung Kinabalu. Impian itu terlaksana, tetapi Aiddin hilang di kawasan hutan pergunungan. Selepas lima tahun berlalu, Aiddin muncul semula di kawasan tersebut. Sejak itu, beberapa siri pembunuhan ngeri berlaku. Manakala Aiddin sendiri sering mendengar bisikan suara perempuan

Insaf bila orang cakap pasal keluarga

0 kata hati wanita
Ya..Saya mempunyai keluarga yang besar..
Adik beradik ada 9 orang.
7 lelaki dan 2 perempuan.
Saya bersyukur sangat ada family yg sangat bahagia.
Dengan adanya 7 kakak ipar, 10 orang anak buah..
dan bakal mendapat 2 orang anak buah lagi..hehe

Ni gambar raya tahun 2010.
Tengah tu ada atok (yg korang biasa panggil nenek) dan mak uteh.
Yang lain, semua family saya.
Tak silap masa raya ke-3 waktu ni.

 Masa ni ada 9 anak buah. Sorang lagi masih dalam perut. hehe


kami geng wanita / perempuan / anak dara!

hehe


khairul fahmi che mat

0 kata hati wanita

Nama yang semakin disebut-sebut oleh awek-awek, mak-mak, bapak-bapak, teruna-teruna kat bumi Malaysia ni.

Facebook Khairul Fahmi Che Mat ni makin ramai peminat baru yang LIKE fanpage dia. Memang menjadi kegilaan masyarakat kita.

Kepada awek-awek yang ada hati kat Khairul Fahmi ni, boleh la buat angan-angan je. Sebab awek dia cun, ok!
Tiba-tiba je blog Aimie ni menjadi kegilaan kepada rakyat Malaysia.
Dihujani comment dan jugak follower.Wah!!

KUALA LUMPUR: Penjaga gol nombor satu negara, Khairul Fahmi Che Mat menangguhkan rancangan bertunang dengan Aimie Harmelia Mohd Hashumi yang dijadual November lalu semata-mata memberi tumpuan kepada pasukan Harimau Malaya yang menjuarai Piala Suzuki AFF, malam kelmarin. Aimie Harmelia, 21, berkata memandangkan Khairul perlu membuat persiapan, mereka bersetuju pertunangan ditangguhkan.
Source: Berita Harian

Followers

 

Shout Box!!

Cerita Perempuan & Wanita Copyright 2009 Shoppaholic Designed by Ipietoon Image by Tadpole's Notez